Wednesday, 16 May 2012

Jangan terlalu mengharap

                                                                  


 CHONG Wei (dua dari kiri) bersama Seu Bock (kanan) menyerahkan pasport kepada kakitangan Penerbangan Malaysia sebelum ke Guangzhou, semalam.
17 Mei 2012, Khamis

 

JAGUH badminton negara, Lee Chong Wei minta peminat negara tidak terlalu menaruh harapan ke atas skuad Piala Thomas negara bagi cabaran kali ini di Wuhan, China yang bermula hujung minggu ini.

Sebaliknya ketua pasukan itu menyuarakan dia dan rakan sepasukan tetap bertekad akan berjuang habis-habisan membuat kejutan dan menunjukkan peningkatan seperti dipamerkan pada peringkat kelayakan kejohanan itu di Macau Februari lalu.
“Memang Piala Thomas bukan sasaran utama kami tapi saya harap dapat bantu pasukan mencipta yang terbaik. Ketika di kejohanan kelayakan di Macau ramai kata kami tidak boleh layak tapi akhirnya kami berjaya membuktikan kemampuan yang ada.
“Kali ini kami sasar untuk mara ke separuh akhir. Saya akan jalani latihan bersama pasukan di Guangzhou sebelum bertolak ke Wuhan.

“Pasukan akan beri yang terbaik tidak kira bertemu siapa terutama menentang Denmark nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Dia ditemani jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Chong Wei menambah dia tidak dapat berlepas bersama pasukan negara, Ahad lalu kerana mengalami demam yang teruk dan bimbang akan menjangkiti rakan seperjuangan yang lain.

No comments:

Post a Comment