Wednesday, 16 May 2012

APA SALAHKU???

Kelakar ada kasihan pun ada...






PESCARA - Gara-gara baju renangnya koyak di bahagian punggung, perenang Olimpik Itali, Flavia Zoccari terkeluar dari kejohanan Sukan Mediterranean.


Flavia, 22, memakai sut renang jenama Jaked 101 berharga £318 (RM1,833) dalam kejohanan di Itali pada Isnin lepas.


Perenang tinggi lampai itu tidak dapat menahan sebak dan menangis selepas dia terpaksa menarik diri daripada acara tersebut.


Sut renang Jaked menjanjikan prestasi aerodinamik tetapi diharamkan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) awal tahun ini kerana didakwa memberi kelebihan kepada pemakainya serta didakwa tidak adil kepada perenang lain.


Bagaimanapun, FINA menari balik larangan itu sebulan kemudian setelah beberapa rundingan diadakan mengenainya. - Agensi

No comments:

Post a Comment